PERNIAGAAN DI MALAYSIA



MENDENGAR DAN BERTUTUR

BARANGAN BUATAN MALAYSIA
APA ITU BARANGAN BUATAN MALAYSIA?
Ø Barangan buatan Malaysia adalah merujuk kepada produk yang dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51 peratus bahan atau kandungan tempatan.
Ø Rakyat Malaysia seharusnya menyokong produk tempatan berbanding produk luar negara lebih-lebih lagi ada diantara produk kita lebih baik dari luar.
Ø Kebaikan membeli barangan buatan malaysia
i. Menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana barangan tempatan lebih murah berbanding                       barangan import
ii. Menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia 
iii.Memajukan industri tempatan
iv.Meningkatkan imej negara
v. Memupuk perasaan cinta akan negara

Murid menonton video mengenai barangan buatan malaysia



AKTIVITI
Pelajar mendengar dan menceritakan kembali maklumat mengenai barang buatan Malaysia 


1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dialami dengan tepat , sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang betul


MEMBACA

IMBUHAN PINJAMAN

Imbuhan Pinjaman Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku. Yang berikut ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-

BENTUK
IMBUHAN SANSKRIT
IMBUHAN INGGERIS
IMBUHAN ARAB
Awalan
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
swa-

anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
bi-  
Akhiran
-ita
-man
-wan
-wati


-ah
-at
-iah
-in
-wi/-i 


Dato’ Seri Aliff Syukri bin Kamarzaman adalah salah seorang usahawan muda di Malaysia. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya. Kini Produk D’HERBS merupakan produk yang semakin popular di Malaysia dengan slogannya ‘Terlajak Laris’. Dato’ Seri Aliff Syukri telah ditemubual mengenai dirinya sebagai usahawan muda.




AYAT
MAKSUD
Sebagai seorang usahawan pada zaman ini, saya menggunakan kemudahan multimedia seperti internet untuk mengembangkan perniagaan saya
Sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu perusahaan pada zaman ini, saya menggunakan kemudahan pelbagai media seperti internet untuk mengembangkan perniagaan saya.

AKTIVITI
1. Nyatakan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman
2. Jelaskan cara yang berkesan untuk mengembangkan perniagaan.


2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman dalam bahan bacaan prosa dengan sebutan yang betul daripada pelbagai sumber dan memahami perkara yang dibaca.



MENULIS


Pembelian dalam talian

Murid Tahun 5 telah diminta oleh Cikgu Mail untuk berkongsi maklumat tentang kebaikan dan keburukan pembelian dalam talian berdasarkan bahan yang telah diberikan

KEBAIKAN

ü Lebih mudah untuk melakukan perbandingan
ü Banyak pilihan produk dan pelbagai harga
ü Boleh membeli-belah pada sebarang masa
ü Memudahkan mencari apa yang ingin  dibeli samada barangan tempatan ataupun luar negara
ü Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya.
ü Menawarkan harga produk atau barang yang jauh lebih murah.


KEBURUKAN

Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham dan     anda tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan.
Pembeli tidak boleh memeriksa dahulu barang tersebut 
Kemungkinan kos akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.
Unsur penipuan mungkin boleh terjadi jika penjual tidak jujur
Berlaku penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit


AKTIVITI
Menulis karangan berdasarkan bahan yang diberikan untuk menyampaikan      maklumat


3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren dengan bahasa yang santun.


MENGUJARKAN DIALOG

TEMPAT PERLANCONGAN DI MALAYSIA


AKTIVITI
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul            melalui lakonan


4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan. 


KATA GANTI NAMA DIRI TANYA


Zarul : Minggu lepas saya pergi melawat Melaka.
Mail : Wah, apakah nama tempat yang kamu lawati di Melaka?
Zarul : Salah satu tempat yang saya pergi adalah Upside Down House Gallery
Mail : Kamu pergi dengan siapa?
Zarul : Saya pergi bersama-sama dengan keluarga saya.

AKTIVITI
Membina ayat dengan menggunakan kata ganti nama diri tanya mengikut konteks yang betul.


5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri tanya mengikut konteks dengan betul. 


KATA KERJA AKTIF TRANSITIF

Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang mesti disertai oleh objek untuk menunjukkan sesuatu perbuatan.
Contoh :-
ü Aqilah menyiram pokok bunga.
ü Kami menanam pokok bunga.

KATA KERJA PASIF TRANSITIF

Kata kerja transitif pasif adalah kata kerja yang disertai oleh objek. 
Contoh :-
ü Pokok bunga itu disiram oleh Aqilah.
ü Pokok bunga itu ditanam oleh kami.






AKTIVITI
Membaca dan membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif mengikut konteks dengan betul.

BIBLIOGRAFI













1 comment:

  1. Terima kasih dengan panduan jawapan yang diberikan.

    ReplyDelete