Saturday, 24 August 2019

BAHASA MELAYU TAHUN 5


TEMA 8 EKONOMI MALAYSIA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 

Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Blog ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan kepada pembaca khususnya murid tahun 5 mengenai sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang mengkhususkan kepada tema 8 iaitu mengenai Ekonomi Malaysia. 

Terdapat tiga topik utama di dalam tema ini iaitu

  • Perniagaan Di Malaysia     
  • Keusahawanan
  • Pengurusan Kewangan 

Kandungan blog ini diambil daripada buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 dan berpandukan kepada Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran

Semoga pengisian blog ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada pembaca